teacher

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Selamat bercuti kepada semua warga pelajar & guru...
Enjoy ur holiday...
Release ur stress...
Find new moods...
And whatever as long as u hepi...
Selamat hari Keamatan


Esok pelajar-pelajar ting 4 exam addmath paper 2.
harap semua telah study dgn gigih utk jawab.
Tak sabaq rasa nak semak kertas.
Anyway, good luck 2 all my student.


Pengalaman...wpun sthun jagung jd cikgu nak juga berkongsi penglaman kat cni.

Dulu aku rasa aku pelajar yg baik, ikut peraturan, ikut cakap cikgu nak angkat kepala waktu cikgu mengajaq pun takut tambah pulak nak menjawab...Pelajar skrg kontra sgt bab menjawab memang dpt A blum bab kurang ajar A++. Dh abih pendekatan guna dari lembut ke keras dan dari keras sampai lembut...dunia...dunia... tp sblum jd cikgu semua ni dh dpertimbangkan sebagai cabaran dan dogaan...apa yang cikgu mampu buat hanya doa...
Aku sendiri dulu xsuka nak jd cikgu takut nak berdepan dgn pelajar. Tp bla dah jd cikgu semua 2 bkn masalah lg...Abah ckp xpyh jd cikgu nanti dr kecik smpai tua dok p sekolah...Abah kata lagi nanti org panggil cikgu dr mula mengajaq smpai akhir hayat... Tp bila jd cikgu rs tue panggilan keramat. Abah ckp jd cikgu byk dugaan dan cabaran... Cakap abh memang betoi...
Aku pun pelik knp ramai org xpuashati dgn cikgu nak je cari silap cikgu...Bersyukur lah nak kalu tanpa cikgu tak dak lah teknokrat, jurutera, lawyer mlh pm skalipun...Cikgu...cikgu




Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru dan bekas guru.
Jasa kalian akan dikenang hingga akhir hayat...
Berkhidmat ler dengan penuh keikhlasan...


Paper 1

1. Show ……working………….. for questions with 2 or more marks.
2. Copy the formula ………correctly………….……
3. Transfer answer from the working space to the answer space…carefully.………..
4. Write only……one….. answer in the answer space ( except when ask for more)
5. The final answer, if round off is needed, must be at least
………4 sig. fig.……. or as…stated….. by the question.
6. Attempt every question. If you do not know the answer you may still obtained
……B…….. marks for working.

Marking …
• Marks will be given to the correct final answer, regardless of the working.
• The final answer is the answer written in the answer space.
• If the answers space is empty, the last working in the
• space provided will be taken as the final answer.
• If two non equivalent answers are written in the answer space, the
• wrong answer will be chosen as the final answer.
• For an incorrect answer, B mark will be given for the correct
• working.

[4 marks] .... B3...B2..B1
[3 marks] .....B2...B1
[2 marks] .....B1
[1 marks].... no B marks



Paper 2

1. Show ………all working……… clearly.
2. Substitute ……. values into formula.
3. The final answer that is rounded off should be at least……4 sig. fig………………….
4. The final answer must be in the ……simplest…………form.
5. Do not…..round off………. too early in the solution.
6. Build a………table…………. to draw a graph.
7. Do you need to build table to sketch a graph?……No………..
8. For sketching, marks are given to the correct …shape…and …3 points… are seen.
9. The least decimal places required in a table is……3……………
10. Use ruler to sketch or draw a……straight line graph…………
11. Check answer using other method or use……calculator..….
12. Use calculator to check on:
i. Quadratic equation : Factorisation / to find the roots.
ii. Simultaneous equations: ……between linear and linear equation……….
iii. Differentiation : ………find dy/dx when x = a………I…………
iv. Integration :…to find definite integral……………………………
v. Statistics: ……to get mean, standard deviation, and variance ……
13. Always………remember…………the time frame. Do not spend more than …15…. minutes
to answer a question with 10 marks.
Marking …
The working will be checked first...
The accepted final answers will depend on the working.
K marks will be given for methods and N marks for correct final answer.


TQ 4 group I LUV ADDMATHS in fb...


01 "Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah

02 "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah

03 "Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."

04 "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

05 "Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

06 "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

07 "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

08 "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

09 "Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

10 "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

11 "Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

12 "Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

13 "Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

14 "Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

15 "Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

16 "Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."

17 "Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."

18 "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."

19 "Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

20 "Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."



24/4/2010..Hari ini sekolah ganti tp nasib baik xdak P&P. Ganti dengan program ceramah anti dadah. Ceramah disampaikan oleh Inspektor Nik dari IPD Kudat. Antara isi kandungan ceramah adalah sejarah dadah, jenis2 dadah, hukuman kepada penagih dan pengedar, apakah faktor yg menyebabkan remaja terlibat dengan dadah. Pelajar2 yg terlibat kelihatan memberi tumpuan tp dlm hati hanya tuhan yg tahu...Sebahagian lagi pelajar sekolah terlibat dengan larian 1 Malaysia peringkat Kudat.



Setelah berpenat 3 hari maka berakhir lah kem yg dianjurkan oleh Unit bimbingan dan kaunseling...Mcm2 aktiviti yg dijlnkan...Bdk2, wpun nama kursus kepimpinan tp sempat lg mengenakan kwn2 seperti dlm aktiviti treasure hunt...main tipu pun ada masa aktiviti blind and fold...tp diharapkan kem ini memberi manfaat yg terbaik buat mereka dan dpt diaplikasikan dlm tugas2 masing2...Kem berjalan lancar...Semuanya adalah atas kerjasama semua pihak yg komited dgn tugas yg telah diberikan.Layan...


mesyuarat kantin pertama untuk thn 2010...agenda utama masalah fizikal kantin...sebagai su byk surat peringatan perlu dikeluarkan...bonus kpd pengusaha kantin tempoh lanjutan selama setahun sekiranya membantu pihak sek membaiki fizikal kantin...keseluruhannya mesyuarat berjalan lancar.




Arini 10/4/2010 sepatutnya sekolah ganti tp dsebabkan hal yg tak dapat dielakkan sekolah ganti tak jadi. Jadi cikgu ambil kesempatan buat aktiviti persatuan sains matematik. Aktiviti kali diberi nama Pertandingan Bijak Sifir. Aktiviti ini bertujuan menguji kecekapan pelajar menghafal sifir.Aktiviti ini hanya terbuka kepada pelajar menengah rendah je. Seramai 18 orang pelajar yg mengambil bahagian. Aktiviti ini dijalankan dimana para pelajar perlu menjawab soalan sifir secara congak. Hadiah diberikan kepada 3 pemenang utama mengikut tingkatan. Tingkatan 1 dimenangi oleh Mohd Izzat, ting 2 Alvinar dan ting 3 Alpilar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada yg mengambil bahagian...Layan gambar sekitar aktiviti :


Arini masuk klas tingkatan 5. Apa cikgu nak citer arini berkenaan pelajar kelas tersebut. Kelas diaorang 4 waktu..2 waktu sivik dan 2 waktu addmath..Masa waktu sivik tajuk yg dbincang adalah sumbangan terhadap aktiviti kemasyarakatan. Cikgu bertanya tentang jenis2 sumbangan yg dihulurkan. Pelajar mula menjawab kewangan , pakaian dan sampai kat part perubatan termasuk lah derma organ mula lah diaorg mengarut(bercakap benda2 yg x bole terima akal). Cikgu pun menegur, kamu ni kalu cikgu marah kamu kata cikgu garang, kalu cikgu bagi muka kamu pjak kepala cikgu...Kemudian satu klas diam lepas 2 pelajar yg buat kecoh terus diam dan bila di soal terus tak jawab. Inilah budak zaman sekarang tak tau langsung bila masa boleh bergurau dan bila masa perlu serius...Tp nama pun pelajar belajar lah melalui kesilapan...



Aktiviti pertama persatuan tahun ini...klinik sudoku...
aktiviti ini bertujuan mengasah kecerdasan dan ketajaman minda pelajar...
Ramai jugak lah ahli persatuan yg hadir...





Sebelum cuti sek bawa bdk lawan hoki...
kesian kat diaorg terpaksa bermain tgh hangat...
tp semangat kesukanan yg tinggi sanggup diaorg main wpun rentung...
bdk laki menang...bdk pompuan dpt no 4 je...
apa yg penting diaorg dpt makan KFC...
cikgu2 tumpang gembira je...


Walaupun baru setahun jagung mengajar nak juga aku kongsi ilmu kat sini.
Cara dapat lulus dan kredit paper addmath.

PAPER 1 : 25 soalan
Tajuk2 yg perlu dikuasai :
1. Functions,
2. Quadratic Function (graph :min@max point, equation axis of symmetry)
3. Indices n Log,
4. Linear law,
5. Integration,
6. Statistic
7. Probability,
8. Probabilty Distribution,

PAPER 2 : 3 bahagian
Bahagian A
1. Simultenous Equation (5 marks),

Bhagian B,
1. Linear Law (10 marks)
2. Graph of a trigonometric (6 marks)

Bahagian C
1. Index number (10 marks)
2. Solution of triangle (10 marks)

Ini antara tajuk yg perlu d fokus.
Addmath ni mudah sebenarnya.

1. Baca Soalan
2. Tukar kpd ayat maths
3. Knlpasti tajuk dan formula yg berkaitan.
4. Label maklumat berdasarkan formula.
5. Jgn lupa buat ? dekat benda yg nak kena cari.
6. Kemudian ganti sj/substitute
7. kira smpai dpt jwpn.
8. Jwpn akhir jgn lupa permudahkan/simplified
@ ikut arahan soalan jwpn dlm btk pe...

Selain ganti dlm formula kadang2 soalan addmaths nie memerlukan kita buat perbandingan antara benda yg diberi dgn benda yg dicari sendiri...

Tips nie kpd pelajar yg malas...
dan terakhir buat je latihan berdasarkan soalan sebenar SPM
coz soalan dia lebih kurang je setiap thn...

Apa2pun USAHA TANGGA KEJAYAAN


Addmaths...my favorite subjek.....semua orang cakap nie lah subjek yg paling susah...wpun aku x dpt cemerlang masa spm aku tetap rasa nie subjek yg senang je... aku xdpt A mesti sebab careless je...hehe...perasan sendiri...Kepada pelajar2 ku jgn dengar ckp org...dgr ckp cikgu "addmath 2 senang", sematkan dlm hati, sanubari dan dlm kepala otak korang...Gerenti boleh...
Pantun ckit...:)
Tak kenal tak suka,
Dah kenal gerenti jatuh cinta.